Visi

Visi -Menjadikan SMKKJ Cemerlang Dengan jati Diri Menjelang 2010

Tuesday, February 16, 2010

Adab Berguru

Al –Syafie RH: Bersabarlah kamu dalam perjalanan jauh demi menemui gurumu,sesungguhnya ilmu itu diperoleh menerusi perjalanan menemuinya. Sesiapa yang tidak berasa kepahitan menuntut sedetik, ia pasti menelan kehinaan dek kejahilan sepanjang hayatnya

Adab Murid Kepada Guru
* Merendah diri
* Memandang penuh hormat dan yakin dengan kesempurnaan peribadi
* Memanggil guru dengan gelaran yang mulia sebagai tanda hormat
* Mengiktiraf hak guru terhadap diri kita
* Mendoakan guru untuk sepanjang hayat
* Berkelakuan penuh sopan ketika mengikuti pempelajaran
* Meminta izin sebelum memasuki tempat khusus bili guru
* Mendengar dengan penuh tekun isi pengajaran walau ia telahpun difahami
* Tidak kemukakan permasalahan yang telahpun diketahui jawapannya

Adab Menuntut Ilmu
* Ikhlas kerana Allah
* Niat untuk menghilangkan kebodohan
* Niat untuk membela kebenaran
* Berlapang dada dalam perbedaan pendapat
* Mengamalkan ilmu yang diperolehi
* Menghormati dan menyayangi guru
* Mencari kebenaran

Berkata Imam Al-Ghazali Rh: Anak-anak adalah Amanah Atas Ibu Bapa, Jika Dia Terbiasa dengan Benda Yang Baik, Dia akan Membesar Dalam Kebaikan Dan Biasa Dengannya. Dan Jika Dibesarkan Dalam suasan yang tidak baik, Maka Menderitalah Dia Dan Binasa.

Pembentukan Budaya Keluarga menerusi
Kuasa Lisan - Ibu
Kuasa Teladan - ibu bapa
Kuasa Tangan (autoriti) - bapa
Kuasa Doa - Ibu

Budaya-Budaya yang perlu dihidupkan Ibu Bapa

Budaya Beragama
- Amanah pada hati
- Fatanah pada akal
- Siddiq pada perbuatan
- Tabligh pada lisan

Budaya Kepimpinan
- Syura - kebertanggungjawaban bersama
- Keadilan - meletakkan sesuatu sesuai pada tempatnya
- Persamaan - kewajipan semua untuk melaksanakan
- Kebebasan - selagi tidak memudaratkan kepentingan lebih besar

Budaya mencintai Ilmu

- Fardu Ain
- Fardu Kifayah

No comments:

Post a Comment