Visi

Visi -Menjadikan SMKKJ Cemerlang Dengan jati Diri Menjelang 2010

Wednesday, March 17, 2010

Merancang Perkhemahan


MERANCANG PERKHEMAHAN

1. Pemilihan tapak perlu rata dan selamat
a.Pastikan tempat yang dipilih selamat, rata dan bukan tempat laluan air. Lokasi juga selamat daripada gangguan binatang buas.
b.Sebaik-baiknya walaupun tapak yang rata, cuba elakkan kawasan yang terdapat akar pokok atau batu.
c.Tapak yang rata dapat mengelak air bertakung jika hujan.

2. Berhampiran dengan punca air

a.Apabila melakukan aktiviti perkhemahan,perkara utama harus difikirkan ialah mengenai punca air bersih.
b.Air bersih digunakan untuk memasak, membersihkan diri dan sebagainya.
c.Tapak perkhemahan haruslah berhampiran punca air antaranya sungai, anak sungai, telaga, kolam atau sebagainya.
d.punca air ini juga seharusnya diketahui dari mana datangnya dan melalui kawasan yang tidak ada pencemaran.
3. Jauhi dahan mati.

a. Pemilihan tapak berdasarkan kawasan sekitar, khasnya perlu melihat pokok besar
disekeliling kawasan perkhemahan tiada dahan mati atau ranting yang boleh
membahayakan peserta perkhemahan.
b.Ini penting kerana jika berlaku tiupan angin kuat atau hujan, ranting serta dahan mati boleh menimpa khemah dan menjejaskan keselamatan peserta.

4. Tapak lebih tinggi daripada punca air.

a. Pemilihan tempat atau tapak tinggi dan rata penting untuk mengelakkan dihanyutkan air
jika berkhemah ditepi sungai dan air pasang seandainya diadakan di pantai.

5. Mudah untuk memdapatkan bantuan.

a.Tapak perkhemahan yang dipilih juga haruslah berdasarkan tempat yang mudah mendapatkan bantuan jika berlaku sebarang kecemasan.
b.Tapak perkhemahan sebaiknya berhampiran kawasan kampong, laluan orang atau mudah dihubungi.
c.Setiap aktiviti perkhemahan juga haruslah dimaklumkan kepada pihak berwajib seperti polis atau Jabatan Perhutanan.
6. Mudah untuk mendapatkan bahan bakar.
a.Apabila melakukan aktiviti perkhemahan, bahan bakar untuk memasak perlu diambil kira.
b.Jika memasak menggunakan dapur kayu iaitu ranting-ranting mati, tapak perkhemahan yang dipilih mestilah di kawasan yang mudah dan banyak bahan tersebut.

7. Keselamatan kawasan perkhemahan
a. Keselamatan kawasan perkhemahan adalah penting.
b.pastikan bahawa kawasan tersebut bukan kawasan binatang buas dan mudah diganggu oleh penceroboh luar.
Sebelum anda masuk ke dalam khemah, pastikan pintunya dibuka dalam tempoh 10 hingga 20 minit bagi menghilangkan baud an melancarkan proses pengudaraan.

No comments:

Post a Comment