Visi

Visi -Menjadikan SMKKJ Cemerlang Dengan jati Diri Menjelang 2010

Wednesday, March 17, 2010

PENGURUSAN MASA

1. Gunakan waktu dengan melakukan perkara yang betul
Prinsip menggunakan waktu sangat mudah. Gunakan waktu dengan betul bukannya secara kelam kabut. Ramai pelajar berkata, “ maafkan saya teerlampau sibuk untuk membuat itu dan ini.” Akhirnya itu dan ini bukannya apa.hanyalah kesibukan yang tidak mendatangkan apa-apa hasil. Ada pelajar yang terbenam dalam kesibukan tetapi tidak dapat menghasilkan apa-apa.
Sehinggakan mereka sibuk membuat perkara-perkara yang tidak penting. Jadi mereka perlu merancang apakah perkara penting dan betul yang perlu dilaksanakan.

2. Gunakan waktu dengan melakukan kerja yang anda seronok melakukannya.
Anda boleh memilih waktu untuk melakukan aktiviti kesukaan. Tetapi ada pelajar yang lebih suka berangan daripada menjalankan aktiviti yang menyeronokkan. Berangan-rangan bukan aktiviti yang produktif malah ia khayalan yang tiada kesudahan.
Sedarkan diri untuk memikirkan apakah aktiviti yang seronok untuk dilakukan. Jika aktiviti bersukan menyeronokkan maka carilah masa yang sesuai untuk melaksanakannya.

3. Gunakan masa dengan melakukan sesuatu yang anda mahir untuk melakukannya
Ada pelajar yang suka mengambil foto,melukis, menanam bunga, menjahit dan suka membuat kerja amal. Gunakan masa itu untuk mempertingkatkan kemahiran.
Anda tidak akan diperuntukan masa masa untuk mempertingkatkan kemahiran kecuali anda sendiri yang mencari waktu untuk melaksanakannya.
Pelajar yang mempunyai kemahiran adalah pelajar yang berjaya menggunakan masa untuk menghasilkan sesuatu

4. Ada pelajar yang tidak tahu apa yang dibuatnya. Mereka mundar mandir dipasaraya atau perhentian bas hanya untuk melihat orang ramai yang lalu lalang.
Ada pelajar yang sanggup duduk di tembok hanya semata-mata untuk melihat orang. Pelik sungguh perangai mereka. Mereka hanya menghabiskan waktu untuk melihat dan memerhati.
Mereka tidak beroleh apa-apa kemahiran , apatah lagi untuk memperoleh hasil dari tingkah laku mereka. Pelajar yang mempunyai jati diri adalah pelajar yang tahu tentang matlamat hidupnya dan tahu kemana arah tujuannya.

No comments:

Post a Comment